Profil Pelajar
Nama: Sudarmaji Bin Abdul Suhud
No KP: 940410126475
No Pendaftaran: 12DIP12F2027
Tempat Menjalani Latihan Industri: Pejabat Pendidikan daerah Lahad Datu, Sabah
Latar Belakang Organisasi
Pengenalan
Organisasi
PPD Lahad Datu telah ditubuhkan pada tahun 1969. Bangunan
pejabat telah berpindah sebanyak dua kali. Pada kali pertama ditubuhkan PPDLD terletak di bangunan yang kini digantikan dengan Kedai Letrik Wangly. Setelah dipindahkan dan sehingga kini, bangunan PPDLD terletak dalam bangunan yang sama dengan Majlis Daerah Lahad Datu.
Carta Organisasi
Berikut adalah senarai Pegawai yang Pernah Berkhidmat sebagai Penaung di PPDLD:
Nama Pegawai Tahun Bertugas Daerah Asal
Mohd Kenit Bin Omar (1969 – 1971) PAPAR
Abdul Rahim Abdullah (1972 – 1973) SEMPORNA
Haji Hassan Bin Tawil (1974 – 1976) SEMPORNA
Ibrahim Bin Maarof (1977 – 1978) KENINGAU
Ag Ahmad Bin Wahab (1979 – 1980) TAWAU
Jennie Bin Angkie (1981 – 1982) BEAUFORT
Mohd Yussof Hj Khamis (1983 – 1995) LAHAD DATU
Alat Atit (1995 – 1996) LAHAD DATU
Hj Datu Ibrahim Datu Bangsawan (JAN 97 – APR 97) LAHAD DATU
Mohd Noor Bin Talanjol (MEI 97 – DIS 97) SEMPORNA
Gimson Bin Abdan (1998 – SEPT 99) TAWAU
Hajjah Saida Hj Usman (1999 – 2003) LAHAD DATU
Zainal Abidin Lajah (2004 – 2006) LAHAD DATU
Khairuddin Abdullah (2006 – 2008) PENANG
Zaini Mohd Yanin (2008 – 2010) TUARAN
Umin bin Sadi (2010 – KINI) TUARAN
Pejabat Pendidikan daerah Lahad Datu dibahagikan kepada beberapa Unit. Unit-unit ini mempunyai peranan dan tugas masing-masing iaitu:
FUNGSI-FUNGSI UNIT
FUNGSI UNIT PENGURUSAN SEKOLAH
* Menyelia pengurus dan pentadbir sekolah rendah, menengah termasuk institut pendidikan yang dibawah bidang kuasa PPD
* Penempatan dan pertukaran guru
* Penempatan dan kemasukan murid
* Kelulusan permohonan guru ganti, KGSK
* Panel gerakan gaji dan nilaian prestasi
* Kelulusan cuti Guru Besar / Pengetua
* Kelulusan permohonan pelancongan / pendaftaran PIBG
* Pendaftaran kemasukan murid asing
* Menyelia dan menyelaras Pendidikan Khas / Pendidikan Swasta di preingkat daerah
* Mengurus kebenaran mengutip derma
* Mengurus kebenaran membuat kajian
* Mengurus kelulusan permohonan membuat lawatan oleh sekolah
* Mengurus tugas-tugas protokol
* Mengurus latihan untuk pegawai dan staf
* Mengurus latihan LDP umtuk sekolah
FUNGSI UNIT PENGURUSAN PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN
HAL EHWAL MURID
* Merancang, melaksana dan memantau
* Program berkaitan disiplin dan keselamatan murid
* Pengurusan Asrama Sekolah
* Biasiswa / Bantuan pelajar miskin dan lain-lain bantuan pendidikan
* Bantuan Skim Pinjaman Buku Teks
* Program bimbingan, kaunseling dan kerjaya murid
*Program Pendidikan Pencegahan Dadah
KOKURIKULUM
* Merancang, melaksana, menyelaras dan memantau
* Aktiviti kelab / persatuan dan badan beruniform
* Kursus penasihat kokurikulum kepada guru-guru
* Kerjasama dengan agensi
* Menilai pelaksanaan program dan mencadang penambahbaikan.
SUKAN
* Merancang, melaksana, menyelaras dan memantau
* Aktiviti sukan di peringkat sekolah dan daerah
* Kursus kejurulatihan sukan kepada guru-guru
* Kerjasama agensi lain dalam aktiviti sukan
* Urusetia sukan MSSD / MSSPP
* Menilai pelaksanaan program dan mencadang penambahbaikan
FUNGSI UNIT PENTADBIRAN, PERKHIDMATAN DAN KEWANGAN
* Mengurus dan menyelaras urusan pentadbiran am dan kewangan pringkat daerah
* Mengurus hal ehwal perkhidmatan / perjawatan guru dan bukan guru di peringkat daerah
* Mengurus hal ehwal pembayaran gaji, tuntutan perjalanan / perpindahan dan lain-lain di peringkat daerah
* Mengurus dan memperlakukan terimaan dan kutipan hasil
* Menguruskan rekod harga tetap dan pelupusan
* Mengawalselia penyediaan Penyata Akaun (Buku Vot, daftar bil dan sebagainya)
* Mnyediakan belanjawan tahunan
* Melaksanakan sistem kewangan
* Mnyediakan khidmat nasihat dan rujukan dalam pengurusan kewangan kepada sekolah-sekolah
* Menguruskan buku rekod perkhidmatan (BRP)
FUNGSI UNIT PEMBANGUNAN DAN PEROLEHAN
* Membantu membuat unjuran keperluan dan merancang prasarana pendidikan dari segi fizikal di peringkat daerah
* Memantau kerja-kerja penyelenggaraan prasarana pendidikan khususnya di sekolah
* Menguruskan tender dan sebut harga di peringkat daerah (yang berkaitan)
* Pemantauan bekalan peralatan dan perabot untuk sekolah / asrama
* Mengumpul maklumat berhubung dengan pembangunan dan tapak projek
* Bertangggungjawab terhadap pemantauan dan pembayaran melalui sistem PMS
* Menghadiri mesyuarat tapak dan mnyediakan laporan
FUNGSI UNIT DATA DAN ICT
* Menyelaras dan melaksanakan penggunaan sistem aplikasi yang dijadualkan di peringkat daerah
* Menguruskan kemasukan data, pencetakan laporan dan analisa data
* Menguruskan hal-hal pengendalian perkakasan dan perisian aplikasi
* Memberi input dan menyediakan ulasan perolehan peralatan komputer
* Menyediakan khidmat sokongan teknikal
* Menyelaras dan menyelenggara laman web
* Menyelia keselamatan sistem maklumat PPD
FUNGSI UNIT PSIKOLOGI DAN KAUNSELING
* Khidmat kaunseling kepada pegawai / kakitangan pendidikan daerah
* Merancang dan melaksanakan kursus berkaitan perkhidmatan kaunseling
* Mengumpul dan menganalisa data pegawai / staf yang menerima kaunseling
* Memantau perkhidmatan kaunseling di sekolah
* Menyelaras urusan keutuhan peringkat PPD
FUNGSI UNIT JAMINAN KUALITI & ISO
* Bertindak sebagai pakar rujuk kepada kumpulan pengetua dan guru besar
* Mengesan masalah dan memberi tunjuk ajar secara hand-on kepada pengurus dan pendidikan di sekolah
* Membantu pengurus sekolah untuk menyelesaikan kekangan dalam pengurusan dan pentadbiran
* Melatih pemikiran pengurusan sekolah ke arah lebih berfikiran positif dan dinamik
* Membantu dalam memperkasakan sekolah
* Menjadi urus setia tetap mesyuarat pengurusan PPD dan semua urusan mendapatkan maklum balas minit
* Menyelaraskan pelaksanaan sistem perguruan perkhidmatan awam dan pekeliling perkhidmatan lain yang berkaitan
* Merancang, menyelaras dan melaksanakan sistem kepiawaian pengurusan kualiti yang seragam untuk melonjakkan imej pengurusan yang bertaraf dunia
* Menyelaraskan pengumpulan, penyelenggaraan, penerbitan, penyimpanan dan pengedaran laporan dan pelbagai dokumen kualiti di dalam organisasi
* Menyelaras semua anugerah kualiti dan inovasi di peringkat organisasi (KPM/JPN/PPD)
* Merancang, menyelaras dan melaksanakan Audit Dalaman bagi seluruh proses kerja dalam organisasi
FUNGSI UNIT FASILINUS DAN PENGOPERASIAN PROGRAM LINUS
* Pegawai FasiLINUS bertanggungjawab kepada sekolah-sekolah di daerahnya berlandaskan nisbah 1:30
* Memastikan segala maklumat berkaitan Program Literasi dan Numerasi (LINUS) sampai ke peringkat pelaksanaan di sekolah melalui :
i. Media Cetak
ii. Media Elektronik
iii. Taklimat/ kursus/ bengkel/ mesyuarat
* Mengadakan dan menyelaras latihan-latihan on-site (di sekolah / PKG / Premis kerajaan), kepada guru LINUS sekurang-kurangnya 18jam setahun
* Membantu pihak sekolah secara langsung dalam merangka tindakan susulan berdasarkan masalah yang dikenal pasti dalam pengurusan instruksional
* Mencerap dan membimbing Pelaksanaan dan Pembelajaran LINUS di sekolah
* Membantu pelaksaan Program Literasi dan Numerasi (LINUS) dari segi:
i. Sistem fail
ii. Data murid LINUS
iii. Media Pengajaran
iv. Pengajaran dan Pembelajaran
v. Pentadbiran Saringan
* Mengumpul dan menganalisis data:
i. Keputusan saringan
ii. Data Guru LINUS dan Guru Pemulihan
* Membantu Guru Pemulihan menempatkan murid LINUS tegar di kelas Pemulihan
* Membantu dan memberi khidmat nasihat / cadangan kepada pihak sekola untuk membantu menyediakan pelan tindakan LINUS
* Menetapkan sasaran ke arah sifar murid yang tidak dapat menuasai LINUS selepas setiap saringan berdasarkan Jadual Sasaran Pengurangan Bilangan Murid LINUS
FUNGSI UNIT KURIKULUM
* Membuat pencerapan, penyeliaan, pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah rendah dan menengah
* Merancang dan melaksanakan aktiviti kurikulum di sekolah rendah dan menengah
* Menyelaras, melaksanakan aktiviti pembangunan kakademik dan perkembangan pegawai pendidikan mengikut bidang yang ditentukan bagi jangka pendek dan sederhana
* Memantau, menilai pencapaian akademik serta perlaksaan langkah-langkah pemulihan
* Menggambeling guru-guru cemerlang mengetuai panitia dalam bidang masing-masing
* Bekerjasama dengan PKG, BTPN dalam aspek teknologi pendidikan dan pelaksanaan kurikulum sekolah bestari
* Memantau, menyelaras dan memastikan pentaksiran berasaskan sekolah bagi setiap mata pelajaran yang ditetapkan
* Menyelia dan menyelaras kurikulum dan ko-kurikulum bagi SRJK(C) dan SRJK(T)
FUNGSI UNIT PEPERIKSAAN
* Mengurus dan melaksanakan pelbagai peperiksaan awam dalam dan luar negeri di peringkat daerah
* Mengurus dan mengendalikan PTK di peringkat daerah
* Membantu menguruskan pendaftaran calon peperiksaan peringkat daerah
* Memberi maklumat dan sokongan untuk pentauliahan pusat peperiksssan
* Urusetia setiap program latihan penilaian di peringkat daerah
* Mengurus dan mengendalikan Pentaksiran sekolah dalam daerah
* Mengurus keselamatan peperiksaaan di daerah
* Merancang, mengurus dan mengelola penggunaan teknologi maklumat dalam pengurusan dan penilaian peperikssan di daerah
* Menyelaras, memproses maklumat dan data sekolah / calon peperikssan di daerah
* Memberikan khidmat nasihat tentang peperikssan awam di peringkat daerah
* Memberi maklumat yang tepat, cepat dan jitu tentang peperikssan di daerah
FUNGSI UNIT PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL
* Mengurus, menyelaras aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum Pendidikan Islam / Moral
* Menyelia, memantau keberkesanan pelaksanaan kuriklum dan ko-kurikulum Pendidikan Islam / Moral
* Menganalisa peperiksaan PAFA
* Menyelaras kemasukan pelajar ke kelas aliran Agama
* Menyelaras pambangunan dan perkembangan guru-guru pendidikan Islam termasuk melalui kursus-kursus dalam perkhidmatan
Misi
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
Visi
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara
Logo Pejabat
Ringkasan Aktiviti Latihan Industri
Jadual Ringkasan
Mingguan
Tempoh
latihan industri berlangsung selama 20 minggu. Di sepanjang tempoh itu terdapat
banyak aktiviti yang dilakukan oleh saya. Jadual menunjukkan ringkasan terhadap
segala aktiviti saya sepanjang 20 minggu menjalani latihan industri.
Ringkasan Latihan
Industri Secara Mingguan
Minggu
|
Aktiviti
|
1
|
- Pengenalan mengenai Pejabat Pendidikan Daerah Lahad Datu dan berkenalan dengan kakitangan
pejabat.
- Menukar Power Supply beberapa PC Pejabat yang telah rosak. |
2
|
- Mengemaskini fail-fail bagi Unit ICT dan mngemaskini maklumat di dalam laman web rasmi.
-Membuat minit-minit fail yang telah lama tidak di kemaskini atas ketiadaan pegawai untuk menggantikan pegawai yang baru berpindah.
|
3
|
- Membaiki PC di
bahagian akaun dan petadbiran.
- Set up laptop dan LCD di bilik
gerakan untuk kegunaan mesyuarat
|
4
|
- Mesyuarat Kutipan Data Perdana bersama guru-guru data sekolah bagi bulan Jun daerah Lahad Datu.
- Membaik pulih
komputer (Format & Installation).
|
5
|
- Mengkonfigurasikan router untuk kegunaan bahagian akaun.
- Servis pc pada Unit Agama Islam dan Moral.
|
6
|
- Majlis Sambutan Hari Raya bagi kakitangan dan staf pejabat Pendidikan Daerah Lahad Datu
|
7
|
- Membaik pulih
komputer (Format & Installation).
- Membuang semua virus
shortcut dari setiap pc di pejabat
- Menambah RAM ke PC di dalam Unit Akaun.
|
8
|
- Membuat tugasan luar
dengan pegawai teknologi maklumat
(En. Ricky Andres)
- Membaik pulih
komputer (Format & Installation).
|
9
|
- Menyusun fail untuk
bahagian teknologi maklumat sebelum pra-audit bermula
- Mengupdate kemasukan
stok barangan IT yang dipesan oleh pegawai IT
|
10
|
- Mengemas kini fail-fail di Unit ICT
- Membaik pulih
komputer (Format & Installation).
|
11
|
- Mendaftar masuk pc
baru untuk diletakkan di beberapa bahagian di pejabat
- Troubleshoot
rangkaian kerana internet selalu ‘limited access’
|
12
|
- Membaikpulih komputer
(format & installation)
- Menyelenggara pc Unit Pentadbiran kerana terdapat pelbagai masalah pada semua pc terbabit
|
13
|
- Mengupdate barang dan PC lama yang hendak dilupuskan oleh Unit ICT
|
14
|
- Membaik pulih
komputer (format & installation)
- Memasukkan “windows”
baru
|
15
|
- Troubleshooting router pejabat kerana mengalami masalah "limited access".
- Menukar CD Drive PC yang telah rosak |
16
|
-Membaikpulih komputer
(format & installation)
- Mengupdate kesemua PC pejabat dan install key Antivirus yang baru.
|
17
|
- Membaikpulih komputer
(format & installation)
- Menghadiri Mesyuarat Kutipan Data bagi bulan Oktober bersama Pegawai Unit ICT (En. Ricky Andres) |
18
|
- Membuat & Men"design" Buku Program untuk Majlis Anugerah Cemerlang dan Penyerahan Surat Kelulusan Kenaikan Pangkat
|
19
|
- Membuat pemasangan
rangkaian (networking)
- Latihan kebakaran untuk kakitangn dan staf PPDLD |
20
|
- Mengemaskini fail Unit ICT bagi persediaan audit. |
Laporan Teknikal
Video Pemasangan Komputer Yang Lengkap
Kesimpulan
Pemasangan komputer ini nyata mampu
memberi nilai tambah kepada pelajar dalam kemahiran dan penguasaan dalam bidang
pemasangan perkakasan komputer.
VIDEO TEKNIK PEMASANGAN WINDOWS YANG LENGKAP
Kesimpulan
Kesimpulan
Dengan memahami paparan – paparan
yang terdapat dalam proses ini, ianya
menjadikan kita lebih mengetahui tatacara untuk melaksanakan “installation” perisian baru dengan betul
apabila komputer atau laptop kita menghadapi
masalah contohnya, lambat, windows missing files, dijangkiti virus dan sebagainya.
VIDEO TEKNIK TROUBLESHOOTING NETWORK YANG LENGKAP
Kesimpulan
Dengan memahami paparan yang terdapat di dalam video, kita akan menjadi lebih memahami cara untuk troubleshooting network yang betul.
Komen dan Cadangan
Kelebihan dan Kelemahan Latihan Industri
Latihan Industri merupakan syarat yang sememangnya wajib diikuti oleh
semua pelajar Politeknik. Latihan industri
adalah satu kaedah pembelajaran yang amat berkesan dan berguna dari semua
aspek. Apa yang dimaksudkan disini ialah
seseorang pelajar itu didedahkan dengan suasana alam pekerjaan, mungkin suatu
hari nanti mereka tidak akan mengalami sebarang masalah apabila berdepan dengan
alam pekerjaan yang sebenar.
Dengan adanya pendedahan ini,
mungkin pihak Politeknik dapat melahirkan ramai pelajar yang berkemahiran bukan
dari segi amali atau praktikal tetapi dari semua aspek contohnya dari segi pengurusan
masa, berinteraksi dan sebagainya. Namun
begitu terdapat beberapa perkara yang kurang memuaskan.Bersesusaian dengan ini,
saya mengambil peluang untuk memberi beberapa cadangan untuk kegunaan bersama
di masa akan datang.
Mencadangkan agar para pelajar Politeknik memilih tempat Latihan
Industri yang bersesuaian dengan pembelajaran dan teori yang dipelajari di
Politeknik. Pihak politeknik mestilah mengenal pasti tempat yang betul–betul
bersesuaian untuk menempatkan pelajar agar latihan yang akan dijalankan nanti
berkait dengan apa yang dipelajari di politeknik . Ini supaya mereka boleh
mengumpul dan mendalami segala ilmu pengetahuan berkenaan dengan kursus yang
mereka pelajari. Latihan industri ini adalah penting kepada pelajar kerana jika
seseorang pelajar itu tersalah membuat pilihan, mungkin ilmu yang dipelajari
selama ini akan dipersiakan kerana tidak dapat dipraktikkan. Kesannya pelatih itu tidak dapat memberikan
perhatian atau komitmen terhadap tugas yang diberikan .
Kelebihan
i. Mendapat
pengalaman yang berguna dan bermanfaat.
Dengan menjalani Latihan Industri ini, para
pelajar dapat merasai pahit manis alam pekerjaan disamping menuntut ilmu yang
tidak dapat diperolehi daripada pusat pengajian.
Mendapat mempelajari ilmu pengetahuan yang baru
dan dapat merasai pengalaman dan kerja
yang tidak pernah di lakukan sebelum ini.
ii.Meningkatkan
peluang untuk mendapat pekerjaan.
Dengan latihan industri, pelajar akan mendapat
peluang yang lebih mudah dalam permohonan kerja yang diminta dari mana-mana
organisasi atau firma.
Kelemahan
i. Menimbulkan
rasa malas dalam diri untuk menyambung pelajara ketahap lebih tinggi.
Setelah menyelami alam pekerjaan di dalam
tempoh latihan industri, setengah pelajar mungkin akan merasa malas untuk menyambung
pengajian ke peringkat lebih tinggi ataupun menghabiskan pengajian.
KESIMPULAN
Alhamdulillah
bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan kehendakNya berjaya menjalani Latihan
Industri bagi tahun 2015 selama hampir 20 minggu yang ditetapkan oleh pihak
Politeknik. Menjalani Latihan Industri tahun 2015 di Pejabat Pendidikan Daerah Lahad Datu dan
tempoh latihan industri ini bermula pada 22 Jun 2015 hingga 6 November 2015.
Secara
keseluruhannya, program latihan industri ini banyak memberi pengetahuan serta
pengalaman kepada saya untuk mempraktikkan teori yang telah dipelajari semasa
kuliah di PKT. Di samping itu, ia juga
memberi persediaan kepada saya mengenai bidang-bidang kerja yang akan diceburi
dan akan dilalui kelak.
Sepanjang tempoh latihan
industri juga pelajar dapat mengenalpasti beberapa kekuatan dan kelemahan organisasi. Walau bagaimanapun, kelemahan ini boleh diatasi dan diperbaiki.
Prinsip organisasi dan fungsi pentadbiran memainkan peranan yang penting bagi
mewujudkan sebuah organisasi yang mantap. Perancangan, penyelarasan dan kawalan
adalah penting bagi menyelaraskan semua tugas.
Disediakan Oleh : Sudarmaji Bin Abdul Suhud (12DIP12F2027)
No comments:
Post a Comment